SEJARAH DAN PERKEMBANGAN K3P ~
Diasaskan oleh Jabatan Penyiaran sebagai saluran maklum balas terhadap program-program siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 21 November 1987 di Tapah, Perak.Pelancarannya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohamad.Kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan Pendengar dan Penonton.
![]() |
| Jabatan Penyiaran Malaysia |
Pada tahun 1989, Pendengar Kumpulan Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd.melalui akhbar Utusan Malaysia turut menyertai kumpulan ini dan seterusnya diubahsuaikan namanya menjadi Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P).
Pada tahun 1991, Kementerian Penerangan Malaysia mengambil alih tanggungjawab dari Jabatan Penyiaran sebagai Urusetia K3P bagi memperluaskan skop aktivitinya.
Konvensyen K3P Kebangsaan kali pertama diadakan di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan pada 6 hingga 8 April 1995. Jumlah K3P di seluruh negara ketika itu ialah 154 buah.
Konvensyen K3P kali Ke-2 telah diadakan pada 3 hingga 5 Oktober 1999 di Taiping, Perak dan Pada 1 Julai 2000, Kementerian Penerangan menyerahkan tanggungjawab urusetia K3P kepada Jabatan Penerangan Malaysia. Pada Tahun 2000 Jumlah K3P di seluruh Malaysia adalah sebanyak 200 buah. Pada Tahun 2001 jumlah itu menjadi 316 buah kesemuanya termasuk penubuhan sebuah K3P untuk masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan.
K3P -> Komuniti Bestari
Pada tahun 2004, Perdana Menteri Malaysia, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad telah mengisytiharkan penubuhan Komuniti BESTARI di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena dengan Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama bagi menggantikan K3P
Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.
![]() |
| Logo Komuniti Bestari |
Di majlis Perlancaran itu, YAB Perdana Menteri turut melancarkan logo Komuniti Bestari, menyampaikan geran tahunan RM10,000 kepada Komuniti Bestari Alor Linbat, Marang yang dinobatkan sebagai Komuniti Bestari terbaik. Sesungguhnya pengisytiharan penubuhan komuniti BESTARI pada hari ini akan dapat memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.



No comments:
Post a Comment